Menjadi SHO bukan sekadar tahu Akta, buat HIRARC,
conduct inspection atau memastikan compliance.
Bila pengalaman semakin bertambah, cabarannya juga berubah.
Baca nota penuh untuk SHO
Kita perlu tahu bagaimana untuk bercakap dengan management,
mempengaruhi pekerja, mengurus risiko, memahami keperluan business
dan membawa penyelesaian — bukan sekadar membawa masalah.
Sebab itu Shenviro Hall memperkenalkan program pembangunan profesional selama 2 hari
yang direka khusus untuk Safety & Health Officers yang mahu bergerak daripada sekadar
competent SHO kepada seorang OSH professional
yang benar-benar bernilai kepada organisasi.
Ini bukan kursus untuk mengajar anda bagaimana hendak menjadi SHO. Anda sudah pun
seorang SHO. Persoalannya sekarang ialah — what will take
you to the next level?
Julat daripada SHO baharu hingga sekitar 7 tahun pengalaman adalah panduan, bukan syarat. Jika anda sudah lebih lama dalam
bidang ini dan masih rasa perbualan dengan management itu yang paling mencabar,
program ini ditulis untuk anda juga.
Untuk siapa
Sesuai untuk Safety & Health Officers
yang baru memulakan kerjaya hingga mempunyai sekitar 7 tahun pengalaman
dan bersedia membawa keupayaan profesional mereka ke tahap seterusnya.